Resepi Pai Tee

resepi pai tee
Resepi dan gambar pai tee oleh Chef Sura untuk ResipiChef.com

Bahan-bahan untuk Membuat Pai Tee

Kulit pai tee,
75 g tepung beras
115ml air
1/2 sudu teh kapur makan
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
acuan pai tee

Inti sayur,
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
30g udang kering rendam dan ditumbuk halus
1/2 sudu teh garam

Sayur yang diparut atau dipotong memanjang,
1 biji lobak merah
1 biji sengkuang
1 biji timun
kacang tanah yang dibakar dan ditumbuk untuk tabur.

 

Cara-cara Membuat Pai Tee

1. Satukan semua bahan kulit pai tee.
2. masak menggunakan acuan pai tee.
Untuk inti:
1. tumis bawang besar dan bawang putih. bila garing masukkan pula udang kering dan garam.
2. gaul sebati dan tutup api.
3. masukkan semua sayur yang telah diparut.
4. masukkan campuran sayur didalam kulit pai tee dan tabur kacang tanah diatasnya.
5. hidang dengan sos cili.

0 Response to "Resepi Pai Tee"

Post a Comment